Apakah itu SOHO?

SOHO adalah singkatan kepada Small Office, Home Office

Ia adalah trend bekerja dari rumah tanpa mengira siapa sahaja. Terdapat dua jenis SOHO iaitu mereka yang bekerja dari rumah sepenuh masa dan bekerja secara sambilan.

Perkembangan usahawan dan peniaga SOHO menjadikan ia satu pilihan gaya hidup untuk menambah pendapatan dan sebagai perancangan jangka panjang untuk tidak berkerja dalam sistem pejabat yang konvesional.

SOHO berbeza dari satu individu dengan individu lain.

Bagi pelajar, SOHO beroperasi dari bilik di kediaman kolejnya
Bagi pekerja jabatan kerajaan atau swasta yang bekerja sampingan, SOHO beroperasi dari rumah sewa atau rumah miliknya.
Bagi suri rumah, SOHO beroperasi dari rumahnya.

Bagi penulis yang bekerja sendiri atau tujuan mempromosi perniagaan sedia ada juga mempunyai SOHO dari rumahnya.

 

Siapa pun saudara atau saudari, SOHO adalah alternatif yang sesuai untuk semua. Waktu lebih anjal, membantu meningkatkan pendapatan untuk diri dan keluarga, bebas dari kesesakan trafik dan kajian mendapati 5 tahun akan datang 50% mereka yang berpendidikan tinggi akan bekerja dari rumah iaitu konsep SOHO.

Klik dan Daftar kursus SOHO hari ini dan alami cara hidup SOHO sekarang!

 

Petikan Berita Harian, Rabu 6 Mei 2007. Klik gambar untuk paparan lebih besar

10 perkara tentang Konsep bekerja dari rumah (dipetik dari arkib Utusan Malaysia)

  1. Bekerja dari rumah atau small office home office (Soho) semakin mendapat perhatian di seluruh dunia berikutan perkembangan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), terutama internet.
  2. Satu kajian yang dijalankan oleh kerajaan Australia Barat mendapati konsep Soho semakin berkembang. Ada 25 juta pekerja Soho di Amerika Syarikat, Kanada (2.5 juta), United Kingdom (2.2 juta), Australia (778,000) dan New Zealand (200,000).
  3. Peningkatan itu berlaku berikutan beberapa kelebihan Soho. Paling ketara ialah cara bekerja Soho membolehkan individu bekerja secara anjal dan selesa di rumah sendiri. Kehidupan mereka juga tidak terikat dengan peraturan pejabat.
  4. Kaedah itu turut membolehkan seseorang membuka perniagaan sendiri di rumah di samping mengurangkan belanja membuka perniagaan di kawasan komersial.
  5. Antara ruang lingkup pekerjaan yang biasa diterokai menerusi Soho ialah penulisan, reka bentuk dan bidang media.
  6. Teknologi canggih yang wujud sekarang memudahkan Soho diterokai. Anda hanya perlukan komputer, peralatan pejabat yang minimum dan sambungan Internet.
  7. Kemunculan konsep Soho bukan sahaja menjamin penerusan produktiviti wanita, malah ia memberi peluang kepada mereka menumpukan lebih perhatian terhadap anak-anak dan urusan rumah tangga.
  8. Bagi sesetengah individu pula, Soho memberikan pendapatan tambahan kepada isi rumah mereka. Jauh lebih baik, golongan kurang upaya dan warga emas juga boleh mendapat manfaat dan memperoleh beberapa kebaikan jika berkecimpung dalam dunia perniagaan Soho.
  9. Soho dapat membantu kerajaan mengurangkan kesesakan lalu lintas yang dihadapi di bandar-bandar utama di negara ini kerana bilangan pengguna kenderaan yang memandu ke tempat kerja berkurangan. Soho memberikan kesan positif terhadap mutu udara.
  10. Konsep Soho belum diamalkan secara meluas di Malaysia. Jumlah pekerja yang menjalankan tugas melalui teleworking di negara ini hanya sekitar 0.16 peratus daripada jumlah keseluruhan pekerja.

 

Advertisements